Tuesday, June 27, 2023

ASIAN PARADISE FLYCATCHER

 ASIAN PARADISE FLYCATCHER (Terpsiphone paradisi)





Thursday, June 8, 2023

GREATER YELLOW NAPE WOODPECKER


BURUNG BELATUK TENGKUK KUNING BESAR
GREATER YELLOW NAPE WOODPECKER (Pics flavinuca) 

03/06/2023
Fraser Hill









ZITTING CISTICOLA

ZITTING CISTICOLA (Cisticola exilis) 

06/06/2023

CHUPING PERLIS

IUCN List 2017: Least Concern (LC)

Sekali pandang seperti tailor bird, memiliki ekor yg agak pendek, dengan warna belakang berintik, berwarna coklat gelap atas kepala, dan bahagian bawah badan dari tengok sehingga ke ekor sedikit coklat keputihan. Bunyi zeeezeee...terbang secara beralun atas bawah. Ditemui dikawasan pertanian Chuping, PERLIS. 


Source: IUCN Redlist




Wednesday, June 7, 2023

HIMALAYAN CUTIA

HIMALAYAN CUTIA (Cutia Nipalensis)
BURUNG RIMBA KUTIA HIMALAYA

Mega Lifer of the year, 12 years waiting for
03/06/2023
Frase Hill, Pahang

IUCN Redlist 2016: Least Concern (LC)

Himalayan Cutia, antara spesis yang menjadi amat sukar ditemui di Semenanjung Malaysia. Merupakan spesis burung tanah tinggi. Kali terakhir ditemui oleh pencinta burung adalah tahun 2012, di Banjaran Gunung Genting Highland dan merupakan antara senarai burung dalam perhatian aku.

Akhirnya bulan Jun 2023, hasil maklumat dari rakan - rakan pencinta dan pemerhati burung Himalayan Cutia ini muncul kembali di Tanah Tinggi Fraser Hill dengan kehadiran sebanyak 3 ekor. Misi untuk merakamkan foto burung ini mengambil masa yang agak lama dari jam 8.00am - 4.30pm, dan hampir mengecewakan aku pada hari itu dengan ketidak munculan burung yang diidamkan.

Dengan kesabaran rakan-rakan seperjuangan hampir 50 orang yang menunggu, dalam sekitar 4.30pm terdengar bunyi suara kemunculannya. Saat kemunculannya amat dinantikan penuh debar oleh semua pencinta dan picu kamera menanti untuk diketik. Akhirnya kelibat burung ini terlihat dihujung pepohon yang tinggi disekitar kawasan perhatian. 

Habitat: Dipergunungan Himalaya, turun ke Myanmar Burma dan Laos dan kawasan Tanah Tinggi Semenanjung Malaysia.

CINTAI KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA HUTAN KITA

Source: IUCN