Thursday, August 4, 2022

GOLD WHISKERED BARBET

BURUNG TAKUR JAMBANG EMAS

GOLD WHISKERED BARBET (Psilopogon chrysopogon)

Antara spesis burung takur yang agak besar (30cm) dan mudah ditemui di kawasan persekitaran kediaman perkampungan, pertanian, persisiran hutan pantai hingga dipterokap bukit 50m-1000m. Memiliki campuran warna yang menarik hijau di bahagian dada dan belakang badan dengan bahagian dada sedikit kekuningan. Bahagian dahi dah bawah dagunya berwarna tompok putih dan atas kepalanya dengan pangkal muncung berwarna merah, manakala bahagian tepi pipi berwarna kuning. Di bahagian mata terdapat warna hitam dan kebiruan. Makan buah-buahan yang masak atau ranum seperti betik, jambu, pisang dan lain-lain lagi. Dikategorikan dalam senarai IUCN Least Concern (LC) 2018.




No comments:

Post a Comment