Koleksi Burung Enggang yang dapat aku rakamkan sepanjang aktiviti memburung di beberapa negeri, terutamanya di negeri Terengganu,Pahang dan Perak berbanding dengan negeri - negeri lain seperti Selangor yang mana populasinya agak berkurang pada pemerhatian aku. Diharapkan habitat burung ini terperlihara untuk tatapan generasi akan datang.
Aku suka memerhatikan kehadiran burung - burung enggang ini terutamanya di hutan - hutan besar. Burung - burung enggang ini akan terbang biasanya secara berpasangan dan kadang kala secara berkumpulan dan akan hinggap di atas pokok - pokok hutan yang besar dan juga boleh ditemui berhampiran sungai-sungai. Bagi spesis Oriental Pied Hornbill, Great Hornbill agak mudah ditemui di kawasan perkampungan terutamanya di Terengganu dan Perak.
Bagi spesis burung Enggang Tebang Mentua ( Helmeted Hornbill ) ianya merupakan spesis yang terancam dan hampir pupus. White Crown Hornbill dan Wrinkled Hornbill adalah antara spesis yang masih belum sempat aku dapat rakamkan dan merupakan misi pencarian seterusnya.
Black Hornbill - couple |
Black Hornbill |
Bushy Crested Hornbill |
Great Hornbill |
Helmeted Hornbill - Female |
Helmeted Hornbill - Male |
Oriental Pied Hornbill |
Oriental Pied Hornbill |
Rhinoceros Hornbill |
Rhinoceros Hornbill |
Wreathed Hornbill - Male |
Wreathed Hornbill - couple |
Wreathed Hornbill - female |