Monday, June 13, 2022

BLUE CROWNED HANGING PARROT

Burung Serindit (Loriculus galgulus)

Memiliki pelbagai warna yang menarik hijau, merah, biru, kuning. Burung jantan memiliki warna yang lebih menarik berbanding betina, dan agak sukar melihat kemunculannya apabila berada dalam rimbunan daun yang menghijau. Biasa kelihatan pada pokok - pokok buahan seperti jambu, rambutan, belimbing dan lain - lainnya. Kebiasaannya burung ini akan mengeluarkan bunyi critt crittt crittt ketika terbang. Habitatnya di hutan pantai sehingga hutan dipterokarp bukit pada aras ketinggian 250m - 750m Ianya juga menjadi buruan para penggemar burung serindit kerana keunikan warnanya dan mudah dipelihara.

Pada tahun 2016, Birdlife International telah mengkategorikan burung ini sebagai Least Concern dalam senarai IUCN Redlist (LC), yang mana jika tidak dikawal boleh mengancam kepada kepupusan untuk tatapan generasi akan datang.

CINTAI KHAZANAH ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA






Friday, June 10, 2022

JAMBU FRUIT DOVE

Burung Punai Jambu (Ramphiculus jambu)

Merupakan spesis burung yang dikategorikan oleh IUCN yang hampir terancam. Habitatnya jenis hutan dipterokarpa pamah dan bukit pada ketinggian 300mm-750mm sehingga 1200mm dan amat sukar ditemui.

Memiliki  warna menarik dengan keseluruhan belakang badangnya berwarna hijau dan sedikit kekuningan. Kepala dan dadanya berwarna merah jambu yang mana sifat dan namanya berdasarkan sifat semulajadi yang ada padanya. 

Boleh ditemui di Semenanjung Malaysia, Kepulauan Borneo, Indonesia, Thailand.

CINTAI KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA