BURUNG CENUK API
RED BILLED MALKOHA (Zanclostomus javanicus)
IUCN List; Least Concern (LC)
BURUNG CENUK KERAK
RAFFLES MALKOHA (Rhinortha chlorophaea)
IUCN List: Least Concern (LC)
Saiz kecil sedikit dari burung Cenuk Perut Hitam. Warna di bahagian kepala sehingga belakang tengkuk dan dan dada berwarna kelabu bagi burung betina. Burung jantan dari kepala sehingga belakang badan dan sayap berwarna coklat perang. Bahagian sekeliling mata berwarna putih kebiruan.
BURUNG CENUK PERUT HITAM
BLACK BELLIED MALKOHA (Phaenicophaeus diardi)
Memilik warna dan hampir sama dengan Burung Cenuk Kera. Saiznya lebih kecil dari burung Cenuk Kera, dan agak sensitif. Bahagian kepala berwarna kelabu, bahagian belakang badan, sayap sehingga ke ekor berwana biru kehitaman berkilat. Di sekeliling matanya berwarna merah.
BURUNG CENUK KERA
GREEN BILLED MALKOHA (Phaenicophaeus tristis)
IUCN List: Least Concern (LC)
Memiliki warna yang hampir sama dengan burung Cenuk Perut Hitam. Bersaiz lebih besar dan ekornya yang lebih panjang. Paruh berwarna putih kebiruan.
BURUNG PEKAKA EMAS
STORK BILLED KINGFISHER (Pelargopsis capensis)
Bersaiz paling besar dalam keluarga burung pekaka (37.5-41cm). Warna paruhnya yang agak terang berwarna merah dan besar. Memiliki warna biru belakang badan dan warna oren keemasan bawah dada sehingga ke tongkeng dan belakang tengkuk. Bahagian atas kepala sehingga bahagian tepi pipi berwarna seakan coklat cair. Habitat Hutan Paya Laut hingga Hutan Dipterokap Pamah pada ketinggian 20m-250m dari paras laut.
IUCN List: Least Concern (LC) 2016
BURUNG PEKAKA DUSUN @ DADA PUTIH
WHITE THROATED KINGFISHER (Halcyon smymensis)
IUCN List: Least Concern (LC)
BURUNG PEKAKA BUKIT
MALAY BLUE BANDED KINGFISHER (Alcedo peninsulae)
IUCN List : Near Threatened (NT) 2016
BURUNG PEKAKA CIT CIT KECIL @ RAJA UDANG
COMMON KINGFISHER (Alcedo atthis)
IUCN List: Least Concern (LC) 2016
BURUNG PEKAKA RIMBA BESAR
RUFOUS COLLARED KINGFISHER (Actenoides concretus)
IUCN List : Near Threatened (NT)
BURUNG PEKAKA DENDANG @ EMAS BAKAU
BROWN WINGED KINGFISHER (Pelargopsis amauroptera)
IUCN List 2016: Near Threatened
Merupakan spesis yang sukar ditemui. Memiliki warna coklat dibelakang badan dan sayap dan dibahagian atas kepala sehingga ke dada dan bawah badan sehingga ke tongkeng berwarna coklat keperangan. Paruhnya agak tebal berwarna merah. Habitat di kepulauan bahagian Utara Semenanjung Malaysia di Hutan Paya Laut dan Hutan Pantai pada ketinggian 50m-100m.
BURUNG PEKAKA BAKAU
COLLARED KINGFISHER (Todaramphus chloris)
IUCN List 2019; Least Concern (LC)
Habitat di Hutan Paya Laut sehingga Hutan Dipterokap Pamah pada ketinggian 50m-300m, dan agak mudah ditemui terutama dipersekitaran kediaman, pertanian dan perikanan dikawasan persisiran pantai dan Hutan Paya Bakau. Memiliki warna atas kepala dan belakang badan berwarna biru cair (cyan). Bahagian bawah badan sehingga ke tengkuk dan belakang tengkuk berwarna putih.
PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA
BURUNG PEKAKA RIMBA
BANDED KINGFISHER (Lacedo pulchella)
IUCN List 2016; Least Concern (LC)
Burung jantan memiliki warna biru berintik hitam dibelakang badan sehingga bahagian atas kepala dan ekor. Bahagian bawah badan coklat keperangan. Bahagian dahi sehingga ke tepi pipi dan sebahagian belakang tengkuknya berwarna coklat keperangan. Burung betina berwarna coklat keperangan dibahagian belakang sehingga ekor dan atas kepala. Dibahagian dada, bawah tengkuk sehingga ke tongkeng berwarna putih berintik hitam. Paruhnya agak pendek berbanding dengan keluarga pekaka yang lain. Habitat di Hutan Dipterokap Pamah hingga Hutan Dipterokap Bukit dengan ketinggian 300m-750m.
PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA
BURUNG PEKAKA KOPIAH HITAM
BLACK CAPPED KINGFISHER (Halcyon pileata)
IUCN List : Vulnerable (VU); dikategori sebagai spesis terancam oleh IUCN 2022
Memiliki saiz dan warna yang hampir sama dengan burung pekaka belukar. Warna atas kepala berwarna hitam yang membawa maksud yang jelas dengan nama burung ini. Bahagian belakang badan berwarna biru agak terang dengan warna hitam ditepi sayapnya. Bahagian tengkuk berwarna putih sehingga ke bahagian dada. Bahagian dadanya sehingga ke tongkeng berwarna kuning keperangan. Habitat kawasan persisiran pantai dan kawasan perikanan pantai atau Hutan Paya Laut pada ketinggian 50m-200m.
PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA