17/12/2023
Fraser Hill
Spesis owlet yang sangat comel, dengan saiz sebesar genggaman tangan. Kehadirannya agak sukar dijejaki kerana saiznya yang agak kecil dicelah dedaunan dan ranting pokok.
17/12/2023
Fraser Hill
Spesis owlet yang sangat comel, dengan saiz sebesar genggaman tangan. Kehadirannya agak sukar dijejaki kerana saiznya yang agak kecil dicelah dedaunan dan ranting pokok.
BURUNG TIONG GAJAH
Indochinese Roller (Coracias affinis)
Kuala Gula - 02/12/2023
Redlist IUCN 2016 - Least Concern (LC)
Kehadiran aku seakan disambut oleh 'Roller' pada awal pagi di Kuala Gula. Baru berkesempatan untuk merakamkan gambar burung ini. Seawal pagi selepas sarapan aku bergerak dari Bagan Serai ke Kuala Gula. Sepanjang perjalanan permerhatian kearah talian kabel sepanjang jalan terutama melalui Jalan Kuala Gula. Dari sinaran pagi terpandang aku seekor burung diatas kabel dengan saiz agak besar dalam keadaan agak gelap. Setelah menghampiri lokasi aku mendapati ia adalah burung yang aku cari dan merupakan burung hijrah.
Warna bulunya amat menarik dengan pelbagai warna biru kehijauan atas kepala dan sayap, coklat perang, bahagian atas kepak sehingga belakang tengkuk berwarna kelabu dan dibawah tengkuk ungu keputihan. Habitat di kawasan lapang padang, paya dan pertanian.
Boleh ditemui di Bangladesh, Myanmar, Thailand, Malaysia, Vietnam, Nepal, Selatan China