Friday, July 15, 2022

SCARLET BACKED FLOWERPECKER

BURUNG SEPAH PUTERI BELAKANG MERAH

SCARLET BACKED FLOWERPECKER (Dicaeum cruentatum)

Memiliki warna merah dibelakang badan sehingga ke kepala, belakang kepak dan pipi berwarna hitam berkilat kebiruan. Agak mudah ditemui dipersekitaran rumah, tanah - tanah kebun dan pertanian dari kategori hutan paya laut sehingga hutan diptrekarpa bukit pada paras 50m-1000m dengan mencari makan buah atau bunga liar yang kecil seperti pokok senduduk, dedalu dan sebagainya. Disenaraikan sebagai Least Concern (LC) oleh IUCN 2016.

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA 


Female





Friday, July 8, 2022

SCARLET BREASTED FLOWERPECKER

BURUNG SEPAH PUTERI BELAKANG KUNING

SCARLET BREASTED FLOWERPECKER (Prionochilus thoracicus)

Merupakan spesis yang paling sukar aku temui. Memiliki gabungan warna yang amat menyerlah dengan sebahagian belakang badan dan bawah badannya berwarna kuning. Bahagian atas kepala,  tengkuknya dan sebahagian kepak berwarna hitam berkilat. Warna tompok merah didada dan atas kepalanya menjadikan kombinasi yang amat menarik. Saiznya agak besar sedikit berbanding dengan flowerpecker yang lain. Populasinya semakin berkurang dan dikategorikan sebagai hampir terancam Near Threaten (NT) oleh IUCN 2016.

Semasa gambar ini dirakamkan ianya sedang terbang bersama dengan 'orange bellied flowerpecker' menyerang antara satu sama lain, mungkin berebut makanan. Kehadirannya begitu pantas dalam beberapa saat sebelum berlalu pergi, sehinggakan aku tidak sempat untuk memasangkan tripod. Pada saat itu juga aku rasa gementar kerana bimbang akan terlepas untuk merakamkannya. 

Gambar ini dirakamkan di Dungun, Terengganu pada tahun 2016.

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA






ORANGE BELLIED FLOWERPECKER

BURUNG SEPAH PUTERI BUKIT

ORANGE BELLIED FLOWERPECKER (Dicaeum trigonostigma)

Memiliki warna kelabu kebiruan belakang kepak, atas kepala dan belakang tengkuk. Dibahagian bawah tengkuk berwarna putih kelabu dan belakang badan serta dada hingga ke ekor berwarna oren yang terang. Pergerakannya juga agak pantas seperti yang lain ketika mencari makan sambil berkicau crittt crittt. Saiz badannya juga agak hampir sama dengan spesis flowerpecker yang dalam 9-10cm. Habitatnya dihutan dipterokap pamah hingga bukit pada paras 100-750m dan agak mudah ditemui. Dikategorikan sebagai senarai Least Concern (LC) oleh IUCN 2016.




CRIMSON BREASTED FLOWERPECKER

BURUNG

CRIMSON BREASTED FLOWERPECKER (Prionochilus percussus)

Bersaiz agak kecil dan memiliki warna yang menarik dengan belakang badan berwarna kelabu kebiruan, manakala dibahagian bawah badan berwarna kuning dengan tompokan merah didada dan dibahagian atas kepala . Terdapat warna jalur putih ditepi pipi selari dengan pangkal paruh dikedua-dua belahnya. Habitatnya boleh ditemui di hutan dipterokap bukit antara 300m-750m. Kadar populasi dikategorikan sebagai Least Concern (LC) oleh IUCN 2016

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA







FIRE BREASTED FLOWERPECKER

BURUNG 

FIRE BREASTED FLOWERPECKER (Dicaeum ignipectus)

Memilik warna biru kelabu atau kehijauan belakang  badan, manakala dibahagian dada nya warna putih kekuningan sehingga ke bawah dengan terdapat tompok warna merah dan jalur hitam menegak dibahagian dadanya hingga kebawah badan. Tompokan merah ini yang menggambarkan sifat pada namanya yang jelas. Bergerak agak lincah dan pantas dari satu tempat ke tempat. Saat merakam gambarnya agak sukar dengan kelincahan pergerakan dalam suasana pencahayaan yang kurang jelas dan berkabus. Habitatnya boleh ditemui dikawasan hutan tanah tinggi iaitu dipterokap bukit antara 300m-750m. Dikategorikan sebagai Least Concern (LC) oleh IUCN.

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA





Wednesday, July 6, 2022

RUFOUS WINGED PHILENTOMA

RUFOUS WINGED PHILENTOMA (Philentoma pyrhoptera)

Merupakan spesis yang agak sukar juga ditemui, memiliki warna keperangan dibelakang badan sehingga ke ekor dan bahagian bawah badan dari dada ke ekor berwarna putih, manakala dibahagian kepala sehingga ke sebahagian dada berwarna biru kelabu. Habitat tanah rendah pinggiran hutan atau hutan dipterokarpa pamah dan bukit pada ketinggian 300m-750m.

Boleh ditemui di Selatan Thailand, Semenanjung Malaysia, Borneo dan Sumatera. Menurut laporan IUCN 2016 jumlah populasi semakin berkurang dan disenaraikan dalam kategori Least Concern (LC). Gambar ini dirakamkan di Hutan Lipur Sekayu, Terengganu.

PELIHARAN KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA




MALAYAN BANDED PITTA


BURUNG PACAT BELANG MELAYU

MALAYAN BANDED PITTA (Hydrornis Irena)

Seharusnya kita berbangga dengan khazanah alam semulajadi kita, dengan keunikan dan keindahan spesis burung ini yang amat sukar kita temui. Populasinya yang semakin berkurangan dan telah disenaraikan oleh IUCN dalam kategori hampir terancam, Near Threatened (NT).

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA





RED WHISKERED BULBUL


BURUNG MERBAH TELINGA MERAH

RED WHISKERED BULBUL (Pycnonotus jocosus)

Antara spesis burung dalam kategori burung merbah, yang menjadi semakin berkurangan dan dikategorikan oleh IUCN pada tahun 2016 dalam senarai Least Concern (LC). Memiliki kelunakan suara ketika berbunyi. Habitatnya seperti habitat burung merbah yang lain.

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA