Friday, July 8, 2022

SCARLET BREASTED FLOWERPECKER

BURUNG SEPAH PUTERI BELAKANG KUNING

SCARLET BREASTED FLOWERPECKER (Prionochilus thoracicus)

Merupakan spesis yang paling sukar aku temui. Memiliki gabungan warna yang amat menyerlah dengan sebahagian belakang badan dan bawah badannya berwarna kuning. Bahagian atas kepala,  tengkuknya dan sebahagian kepak berwarna hitam berkilat. Warna tompok merah didada dan atas kepalanya menjadikan kombinasi yang amat menarik. Saiznya agak besar sedikit berbanding dengan flowerpecker yang lain. Populasinya semakin berkurang dan dikategorikan sebagai hampir terancam Near Threaten (NT) oleh IUCN 2016.

Semasa gambar ini dirakamkan ianya sedang terbang bersama dengan 'orange bellied flowerpecker' menyerang antara satu sama lain, mungkin berebut makanan. Kehadirannya begitu pantas dalam beberapa saat sebelum berlalu pergi, sehinggakan aku tidak sempat untuk memasangkan tripod. Pada saat itu juga aku rasa gementar kerana bimbang akan terlepas untuk merakamkannya. 

Gambar ini dirakamkan di Dungun, Terengganu pada tahun 2016.

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA






No comments: