Tuesday, August 23, 2022

LONG TAILED BROADBILL

BURUNG TAKAU EKOR PANJANG @ TAKAU INJAP

LONG TAILED BROADBILL (Psarisomus dalhousiae)

Amat sukar ditemui dan habitatnya di Hutan Dipterokap Atas pada ketinggian 800m-1200m. Mempunyai warna yang menarik dengan gabungan warna hijau belakang badan dan hijau cair didada sehingga ke ekor. 

Ekornya agak panjang berbanding dengan jenis takau yang lain dan berwarna biru. Bahagian bawah dagu dan pipi hingga ke sekeliling matanya berwarna kuning. Bahagian atas kepala sehingga ke belakang tengkuknya berwarna hitam dan sedikit tompok kuning. Agak sensitif dengan persekitaran dan sarangnya agak unik dibina dihujung juntaian akar atau pepohon yang memanjat. Dikategorikan sebagai Least Concern (LC) oleh IUCN 2016.

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA






BANDED BROADBILL

BURUNG TAKAU  RIMBA

BANDED BROADBILL (Eurylaimus javanicus)

Warna kepala sehingga ke bahagian bawah badannya berwarna coklat keperangan. Manakala dibahagian belakang badan dan sayap berwarna hitam dan berjalur kuning. Paruhnya agak lebar berwarna kebiruan. Habitat hampir sama seperti burung takau kasturi dan sarangnya kadang kala boleh ditemui diatas tiang elektrik dikawasan yang terpencil dari aktiviti harian di kawasan persekitaran. Dikategorikan sebagai Least Concern (LC) oleh IUCN 2016.

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEKITAR FLORA DAN FAUNA KITA





GREEN BROADBILL

BURUNG TAKAU SELAWIT

GREEN BROADBILL (Calyptomena viridis )

IUCN List; Near Threatened (NT)

Warna badan berwarna seakan hijau luminous dengan sedikit warna berjalur hitam disayap. Kehadirannya amat sukar dilihat kerana warnanya yang sama dengan warna daun tumbuhan persekitaran. Paruhnya agak kecil berbanding dengan burung takau yang lain. Habitat di Hutan Dipterokap Pamah dan Hutan Dipterokap Bukit pada ketinggian 250m - 750m. Dikategorikan dalam senarai hampir terancam oleh IUCN 2016.

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA




DUSKY BROADBILL

BURUNG TAKAU RIMBA HUJAN

DUSKY BROADBILL (Corydon sumatranus)

Agak sukar ditemui, habitat di Hutan Dipterokap Pamah - Hutan Dipterokap Bukit pada ketinggian 250m - 750m. Memiliki warna hitam depan dan belakang badan, dan terdapat warna tompok kuning dibahagian leher. Paruh yang lebar dan berwarna merah pucat sehingga sekeliling mata. Bahagian sayapnya dan bawah ekornya ada sedikit tompok bewarna putih.

IUCN List; Least Concern (LC)

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUN





BLACK AND YELLOW BROADBILL

BURUNG TAKAU KASTURI

BLACK AND YELLOW BROADBILL (Eurylaimus ochromalus)

Bersaiz agak kecil dalam keluarga takau (eurylaimidae) dengan warna hitam kuning dibahagian kepak dan belakang badan sehingga ke tongkeng. Terdapat jalur putih melingkari tengkuk dan kepala berwarna hitam. bahgaian dada berwarna putih kemerahan cair dengan paruhnya berwarna kebiruan. Habitat hampir sama dengan burung takau rakit.

Dikategori dalam senarai hampi terancam Near Threatened (NT) IUCN 2016

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA





BLACK AND RED BROADBILL

BURUNG TAKAU RAKIT

BLACK AND RED BROADBILL (Cymbirhynchus macrorhynchos)

Berwarna merah didada sehingga bahagian atas tongkeng dan dibahagian bawah tengkuk. Kepala sehingga sebahagian belakang badan berwarna hitam sehingga ke bahagian kepak. Terdapat jalur memanjang warna putih dibahagian kepak dengan paruh yang lebar berwarna putih kebiruan. Habitat boleh ditemui dihutan paya gambut sehingga hutan dipterokap bukit pada ketinggian 250m- 750m, kawasan dusun, pertanian dan perkampungan tepian sungai. Agak pemalu dan amat sensitif dengan persekitaran. Dikategori dalam senarai Least Concern (LC) IUCN 2016.

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA.




Friday, August 19, 2022

RED WATTLED LAPWING

BURUNG RAPANG DUIT

RED WATTLED LAPWING (Vanellus indicus)

IUCN List - Least Concern (LC) 2016

Memiliki sifat dan saiz yang hampir sama dengan grey headed lapwing. Warna belakang badan berwarna coklat cair. Bahgian atas kepala sehingga belakang tengkuk sehingga ke bahagian bawah tengkuk dan pangkal dadanya berwarna hitam. Paruh sehingga mata berwarna merah dengan sedikit berwarna hitam dihujung paruh. Kakinya juga agak panjang dengan warna kuning yang agak pudar. Bahagian tepi pipinya terdapat tompokan berwarna putih. Mengeluarkan bunyi semasa ia terbang atau terancam. Agak mudah ditemui di kawasan perkampungan dan tanah atau padang ragut yang lapang.

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA