Tuesday, August 30, 2022

ORIENTAL DWARF KINGFISHER

BURUNG PEKAKA KECIL @ PEKAKA SEPAH

ORIENTAL DWARF KINGFISHER (Ceyx erithaca)

Memiliki saiz yang agak kecil dari burung pekaka api 12.4cm -14cm dengan campuran warna yang menarik. 
IUCN List: Least Concern (LC) 2016




RUFOUS BACKED DWARF KINGFISHER

BURUNG PEKAKA API

RUFOUS BACKED DWARF KINGFISHER (Ceyx rufidorsa)






Monday, August 29, 2022

RUFOUS COLLARED KINGFISHER

BURUNG PEKAKA RIMBA BESAR

RUFOUS COLLARED KINGFISHER (Actenoides concretus)


IUCN List : Near Threatened (NT)







Friday, August 26, 2022

BROWN WINGED KINGFISHER

BURUNG PEKAKA DENDANG @ EMAS BAKAU

BROWN WINGED KINGFISHER (Pelargopsis amauroptera)

IUCN List 2016: Near Threatened

Merupakan spesis yang sukar ditemui. Memiliki warna coklat dibelakang badan dan sayap dan dibahagian atas kepala sehingga ke dada dan bawah badan sehingga ke tongkeng berwarna coklat keperangan. Paruhnya agak tebal berwarna merah. Habitat di kepulauan bahagian Utara Semenanjung Malaysia di Hutan Paya Laut dan Hutan Pantai pada ketinggian 50m-100m. 




COLLARED KINGFISHER

BURUNG PEKAKA BAKAU

COLLARED KINGFISHER (Todaramphus chloris)

IUCN List 2019; Least Concern (LC)

Habitat di Hutan Paya Laut sehingga Hutan Dipterokap Pamah pada ketinggian 50m-300m, dan agak mudah ditemui terutama dipersekitaran kediaman, pertanian dan perikanan dikawasan persisiran pantai dan Hutan Paya Bakau. Memiliki warna atas kepala dan belakang badan berwarna biru cair (cyan). Bahagian bawah badan sehingga ke tengkuk dan belakang tengkuk berwarna putih.

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA





BANDED KINGFISHER

BURUNG PEKAKA RIMBA

BANDED KINGFISHER (Lacedo pulchella) 

IUCN List 2016; Least Concern (LC)

Burung jantan memiliki warna biru berintik hitam dibelakang badan sehingga bahagian atas kepala dan ekor. Bahagian bawah badan coklat keperangan. Bahagian dahi sehingga ke tepi pipi dan sebahagian belakang tengkuknya berwarna coklat keperangan. Burung betina berwarna coklat keperangan dibahagian belakang sehingga ekor dan atas kepala. Dibahagian dada, bawah tengkuk sehingga ke tongkeng berwarna putih berintik hitam. Paruhnya agak pendek berbanding dengan keluarga pekaka yang lain. Habitat di Hutan Dipterokap Pamah hingga Hutan Dipterokap Bukit dengan ketinggian 300m-750m.

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA




BLACK CAPPED KINGFISHER

BURUNG PEKAKA KOPIAH HITAM

BLACK CAPPED KINGFISHER (Halcyon pileata)

IUCN List : Vulnerable (VU); dikategori sebagai spesis terancam oleh IUCN 2022

Memiliki saiz dan warna yang hampir sama dengan burung pekaka belukar. Warna atas kepala berwarna hitam yang membawa maksud yang jelas dengan nama burung ini. Bahagian belakang badan berwarna biru agak terang dengan warna hitam ditepi sayapnya. Bahagian tengkuk berwarna putih sehingga ke bahagian dada. Bahagian dadanya sehingga ke tongkeng berwarna kuning keperangan. Habitat kawasan persisiran pantai dan kawasan perikanan pantai atau Hutan Paya Laut pada ketinggian 50m-200m.

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA