Friday, August 26, 2022

RUDDY KINGFISHER

BURUNG PEKAKA BELACAN

RUDDY KINGFISHER (Halcyon coromanda)

IUCN List: Least Concern (LC)

Merupakan spesis yang sukar ditemui. Habitat dikawasan paya bakau atau Hutan Paya Laut. Memiliki warna ungu dibelakang badan dan ungu keperangan dibahagian dada.

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA

Gambar oleh: Kamal Muda



Tuesday, August 23, 2022

SILVER BREASTED BROADBILL

BURUNG TAKAU TANDA HUJAN

SILVER BREASTED BROADBILL (Serilophus lunatus)

IUCN List: Least Concern (LC)

Habitat di Hutan Dipterokap Pamah hingga Hutan Dipterokap Atas pada ketinggian 300m-1200m. Memiliki warna yang menarik dengan atas kepala dan bahgian bawah dada hingga ke tongkeng warna putih perak. Alis mata sehingga belakng kepalanya berwarna hitam. Belakang badan berwarna coklat perang sehingga ke ekor. Bahagian kepak berwarna hitam dan sedikit kebiruan. Hujung bahagian atas ekornya juga berwarna hitam. Merupakan spesis dengan padanan warna yang comel. Paruhnya agak kecil berbanding keluarga takau yang lain. Burung jantan memiliki seperti lilitan dibawah leher berwarna putih perak.

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA






LONG TAILED BROADBILL

BURUNG TAKAU EKOR PANJANG @ TAKAU INJAP

LONG TAILED BROADBILL (Psarisomus dalhousiae)

Amat sukar ditemui dan habitatnya di Hutan Dipterokap Atas pada ketinggian 800m-1200m. Mempunyai warna yang menarik dengan gabungan warna hijau belakang badan dan hijau cair didada sehingga ke ekor. 

Ekornya agak panjang berbanding dengan jenis takau yang lain dan berwarna biru. Bahagian bawah dagu dan pipi hingga ke sekeliling matanya berwarna kuning. Bahagian atas kepala sehingga ke belakang tengkuknya berwarna hitam dan sedikit tompok kuning. Agak sensitif dengan persekitaran dan sarangnya agak unik dibina dihujung juntaian akar atau pepohon yang memanjat. Dikategorikan sebagai Least Concern (LC) oleh IUCN 2016.

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA






BANDED BROADBILL

BURUNG TAKAU  RIMBA

BANDED BROADBILL (Eurylaimus javanicus)

Warna kepala sehingga ke bahagian bawah badannya berwarna coklat keperangan. Manakala dibahagian belakang badan dan sayap berwarna hitam dan berjalur kuning. Paruhnya agak lebar berwarna kebiruan. Habitat hampir sama seperti burung takau kasturi dan sarangnya kadang kala boleh ditemui diatas tiang elektrik dikawasan yang terpencil dari aktiviti harian di kawasan persekitaran. Dikategorikan sebagai Least Concern (LC) oleh IUCN 2016.

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEKITAR FLORA DAN FAUNA KITA





GREEN BROADBILL

BURUNG TAKAU SELAWIT

GREEN BROADBILL (Calyptomena viridis )

IUCN List; Near Threatened (NT)

Warna badan berwarna seakan hijau luminous dengan sedikit warna berjalur hitam disayap. Kehadirannya amat sukar dilihat kerana warnanya yang sama dengan warna daun tumbuhan persekitaran. Paruhnya agak kecil berbanding dengan burung takau yang lain. Habitat di Hutan Dipterokap Pamah dan Hutan Dipterokap Bukit pada ketinggian 250m - 750m. Dikategorikan dalam senarai hampir terancam oleh IUCN 2016.

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA




DUSKY BROADBILL

BURUNG TAKAU RIMBA HUJAN

DUSKY BROADBILL (Corydon sumatranus)

Agak sukar ditemui, habitat di Hutan Dipterokap Pamah - Hutan Dipterokap Bukit pada ketinggian 250m - 750m. Memiliki warna hitam depan dan belakang badan, dan terdapat warna tompok kuning dibahagian leher. Paruh yang lebar dan berwarna merah pucat sehingga sekeliling mata. Bahagian sayapnya dan bawah ekornya ada sedikit tompok bewarna putih.

IUCN List; Least Concern (LC)

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUN





BLACK AND YELLOW BROADBILL

BURUNG TAKAU KASTURI

BLACK AND YELLOW BROADBILL (Eurylaimus ochromalus)

Bersaiz agak kecil dalam keluarga takau (eurylaimidae) dengan warna hitam kuning dibahagian kepak dan belakang badan sehingga ke tongkeng. Terdapat jalur putih melingkari tengkuk dan kepala berwarna hitam. bahgaian dada berwarna putih kemerahan cair dengan paruhnya berwarna kebiruan. Habitat hampir sama dengan burung takau rakit.

Dikategori dalam senarai hampi terancam Near Threatened (NT) IUCN 2016

PELIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI FLORA DAN FAUNA KITA