Friday, May 20, 2022

ORIENTAL DOLLARBIRD

 BURUNG TIONG BATU (Eurystomus orientalis)

Memiliki warna biru dibelakang badan dan dada, bawah tengkuk berwarna biru gelap dan kepala kehitaman, warna muncungnya berwarna. Bahagian bawah kepak terdapat warna tompok putih yang jelas kelihatan semasa ia terbang atau mengembangkan sayapnya. 

Burung ini biasa ditemui hinggap dipohon kelapa atau pokok-pokok tinggi yang mati. Ia akan terbang dari tempat hinggapnya apabila ternampak lebah termasuk  serangga - serangga kecil yang berterbangan sebagai makanannya.

IUCN menyenaraikan burung ini sebagai Least Concern (LC) pada 2016

Habitat Hutan pantai sehingga Hutan dipterokarpa atas dengan ketinggian 200m-1200m dari aras laut.





No comments: